Soalan Lazim / FAQ
SOALAN BERKENAAN PEMBELIAN & PESANAN
1. Adakah sebarang order minimum untuk membuat pembelian di website ini?
Tidak! Tiada order minimum, kami sedia menghantarkan pesanan anda walaupun anda hanya memesan satu bungkusan sahaja.
2. Bagaimanakah cara membuat pembelian kuih di website ini?
Untuk cara-cara membuat pembelian, anda boleh merujuk di sini.
3. Bagaimanakah kaedah pembayaran?
Buat masa ini, kamua hanya menerima kaedah bayaran secara “fund transfer” , ATM Transfer dan juga cash deposit menerusi bank Maybank, CIMB dan juga Bank Islam.
SOALAN BERKENAAN PENGHANTARAN
4. Berapa lamakah produk yang dipesan akan sampai?
Pihak kami menggunakan perkhidmatan dari Poslaju dan juga Securexpress. Oleh itu, anda boleh menjangkakan, produk anda akan sampai dalam masa tidak lebih seminggu.
5. Bagaimana dengan kos penghantaran?
Kos penghantaran adalah ditanggung oleh pembeli. Kos penghantaran, akan dikira dan dinyatakan sewaktu proses “checkout” di website ini.
6. Bagaimanakah jika produk yang dipesan tidak sampai?
Anda boleh menghubungi kami menerusi borang “Hubungi Kami” atau menelefon kami di 012-3655625 (En. Suhaimy). Kami akan menyemak status produk anda bersama pihak kurier dan akan membuat penghantaran semula jika perlu.
7. Saya ingin order kuih sekarang, tetapi bolehkah penghantaran dilewatkan? Seperti 2 minggu sebelum raya?
Boleh! Jika anda ingin penghantaran dibuat sedikit lewat, hanya perlu nyatakan ia sewaktu anda membalas email yang mengandungi bukti pembayaran.
SOALAN BERKENAAN PRODUK
8. Adakah produk-produk disini halal?
Produk-produk yang dijual di website ini bukanlah dihasilkan di kilang-kilang besar. Oleh itu, memang tiada sijil halal dari pihak jakim yang dapat dikemukakan. Kuih-kuih yang dijual disini dihasilkan dari dapur rumah surirumah-surirumah serta ibu tunggal yang beragama islam. Ianya adalah seperti kuih-muih yang dihasilkan oleh jiran-jiran serta saudara mara berdekatan anda .
9. Kuih apakah yang dijual di website ini?
Di website ini, kami hanya menjual kuih-kuih tradisional melayu. Buat masa ini, kami menawarkan 5 jenis kuih tradisional, namun begitu, ia akan ditambah dari semasa ke semasa.
LAIN-LAIN SOALAN
10. Saya adalah pengusaha kuih tradisional, bolehkah saya menjadi pembekal kuih untuk website ini?
Anda boleh menghantarkan sampel produk anda kepada kami untuk dinilai terlebih dahulu. Ini kerana, kami mempunyai piawaian yang tertentu bagi menjaga mutu produk edaran kami. Jika dirasakan sesuai, kami akan menghubungi anda dan berbincang dengan lebih lanjut mengenainya.
11. Adakah website ini menawarkan program affiliate?
Maaf! Buat masa ini, tiada program affiliate yang ditawarkan dari website ini.


